Tuesday, March 17, 2009

encik bu..

pada hari jumaat petang yang lalu, tidak seperti kebiasaan,kucing milik saya dan encik azlan yang bernama 'encik bu' (namanya begitu kerana dia berwarna kelabu) tidak kelihatan di sekeliling rumah apabila saya pulang dari kerja..sepanjang petang saya tidak melihatnya,sungguh hairan ya..selalunya apabila saya pulang dari kerja pasti dia akan menunggu saya.apabila saya melangkahkan kaki keluar dari kereta,dia pasti akan mengiau-ngiau dan membontoti saya untuk meminta diberikan makan..yang kelihatan hanyalah 'mr put put' (namanya pula begitu kerana dia berwarna putih) mengiau-ngiau dan menggesel-geselkan badannya bermanja-manja di kaki saya meminta diberikan makanan..ishh..rimas pula digesel-gesel begitu..selalunya bila dia menggesel begitu,pasti saya akan dengan tidak sengaja,akan tersepak mr put put..

sampai ke malam saya tidak nampak encik bu.di dalam hati saya berkata,mungkin encik bu pergi menggatal cari betina ni..tetapi saya masih risau lalu saya tanya pada bibik,ada nampak encik bu tak?dia kata tengahari tadi dia ada nampak encik bu berjalan di halaman depan rumah sambil badannya basah menuju ke serambi hadapan rumah..dia ingatkan encik azlan memandikan encik bu..mmm...encik azlan kata dia tak mandikan encik bu..saya ajak encik azlan pergi ke serambi depan untuk mencari encik bu...ya allah....saya terus menangis melihat encik bu terbaring di atas sofa sudah tak bernyawa lagi..saya menangis semahu-mahunya..encik azlan menenangkan saya dan memujuk saya untuk jangan menangis lagi..kasihan pada baby dalam perut katanya..encik azlan meminta saya untuk mengawal perasaan supaya tidak terlalu sedih kerana saya mengandung..tetapi saya sangat sedih..

pada malam itu juga lebih kurang pada pukul 11.30 malam,encik azlan mencangkul di belakang rumah untuk menanam encik bu..malam itu saya tidur sambil menangis..basah bantal...

No comments:

Post a Comment