Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

anniversary dinner..

yeay..saya dan encik azlan went to olio restaurant last nite to celebrate our 1st year anniversary..nyum nyum..good food,nice ambience..we spent the whole night together..hehehhe..lepas ni mesti dah jarang-jarang dapat berdua-duaan lagi sebab akan bertiga.hehehe...


menu ni berat gila ok..ade penggelek kayu tu n chopping board..

minestrone rustico..sedap..

chicken corn chowder


roti-roti

fettucini carbonara


penne arrabiatta


semifredo


tiramisu

sudah kenyang,senang hati..hehehe..so overall,italian food kat sini sedapla..oo..lupe plak nak cakap,baby asyik gerak-gerak je dalam perut the whole night..agaknya baby pon happy nak celebrate mommy n daddy dia punya anniversary..hehehhe..


lepas dinner kat olio,saya dan encik azlan pergi ke flo..layan live band pulak..

..HAPPY ANNIVERSARY TO US..

Saturday, March 21, 2009

wiken yang dah masuk monday ( tanjung piai-melaka)

ni la chalet 2 tingkat di tanjung piai resort..


bangun pagi, saya dan encik azlan terus siap-siap nak check out..before check out,breakfast dulu sebab ade complimentary breakfast for 2..lepas dah kenyang,terus balik melaka..


view dari restaurant..kapal-kapal tengah beratur nak masuk port..


breakfast mee goreng..sedap gak..


nasi goreng n telur mata kerbau.


walkway kat chalet ni..oooppss..lupe lak nak cakap..chalet ni atas air tau..


view dari bilik..

signboard..


kat tanjung piai ni memang banyak monkey ok..


on the way nak balik melaka,singgah shell kat r n r yong peng..nak pee..sekali tu mase kluar je dari toilet bertembung plak dengan tengku mahkota johor a.k.a tmj..dekat sangat dengan dia,tak sampai 1/2 meter pon..dia senyum,tak sombong langsung..first time nampak die dlm jarak yang teramat dekat..dia pon nak pee agaknya sebab pegi toilet sebelah..nak pegi toilet pon sampai 10 boduguard n polis ikut tu..tengok kereta-kereta kat atas tu..ramai betul konvoi dia..plat no tmj..


tengok kereta-kereta tmj..


encik azlan tengah drive..


takde keje dalam kete,amik gambar perut sendiri..tengahari isnin tu pon kami selamat sampai melaka..

Thursday, March 19, 2009

hujung minggu 3 ( tanjung piai-kukup di pontian)

penatla..nak cite banyak-banyak..tengok gambar je la eh..


we start our day with nice n delicious breakfast at grand paragon hotel..saya suka makan..hehehe..banyak sangat menu yang ada..semuenya sedap-sedap..adela dekat 5-6 kali bangun pegi buffet table..


encik azlan n aifa enjoying their meal..


after breakfast jalan-jalan kat swimming pool kat 12th floor..isshh..tinggi..rasa gayat bile tengok jalan raya kat bawah..


encik azlan is reading his sunday newspaper after breakfast..rehat-rehat dulu..jap lagi nak jalan jauh ni..after check out, saya,encik azlan,aifa n akmal pegi jalan-jalan jb cari makan tengahari lak..pusing punya pusing,tak tau nak makan kat mana,last-last kitorang pegi makan kat sedap corner,kotaraya..ishh..tak berapa sedap..tapi sebab dah tak tau nak makan kat mana..after lunch,kitorang berpecah..saya dan encik azlan meneruskan perjalanan pulang ke melaka,manakala aifa n akmal menyambung semula perjalanan ke singapore..


encik azlan teringin nak pegi tanjung piai kat pontian masa on the way nak balik melaka,so kami pon singgahla di tanjung piai..dari jb to tanjung piai is about 50minutes drivekot..takdela jauh sgt.tanjung piai ni ialah penghujung benua asia tau..bole klik sini utk sedikit info..signboard kat atas ni ialah peraturan-peraturan di tanjung piai..


ada ayam hutan kat dalam hutan paya bakau tanjung piai..


akar pokok bakau..


ada babi hutan??isshh..babi hutan bukan gemuk n berat ke?bole ke dia jalan kat hutan bakau yang tanah lumpur ni?tak tenggelam ke dia nanti?

yeayyy...di penghujung benua asia..tengok globe tu..encik azlan tengah tunjuk location tanjung piai..


yeayyy..tahniah kepada diri sendiri..


lepas dah jalan-jalan kat tanjung piai, saya dan encik azlan makan seafood plak kat kukup..yeya..kukup ni dekat je dengan tanjung piai..dalam 5 minutes drive..saya dan encik azlan memang suka makan..kami order ketam masak cili padi.masa mula-mula tengok macam ketam masak kicap je..nampak macam tak pedas je..tengok je kaler kicap,saya dan encik azlan macam dah hampa sebab kami memang nak ketam yang masak pedas-pedas..tapi sekali dah makan barula tau memang pedas..kaw-kaw pedas ni..sedapppp..


kailan ikan masin..


baby sotong goreng honey n lemon..


kerepek keladi..


nama menu ni otah..rasa dia macam otak-otak..sedapla gak..


disinila tempat kami makan seafood di kukup..new kukup restaurant..ayah saya yang recommend tempat ni..hehhe..saya dan encik azlan habis makan dah pukul 9malam..isshh..macam dah kenyang n ngantuk n malas nak terus balik melaka..encik azlan suggest tido je kat chalet kat tanjung piai..tapi saya cakap esok isnin n saya keja,camne?mmm..encik azlan kata,mc je la..saya pon ok je la..dah lame tak mc ni..ishh..jangan contohi sikap ini..

Wednesday, March 18, 2009

hujung minggu 2 - jb,s'pore trip

saya dan encik azlan memang dah plan nak stay jb for the weekend after nurul's wedding..yeayy..dah janji dengan my beloved fren cik aifa untuk stay di jb bersama-sama..aifa n akmal datang dari kl,saya dan encik azlan datang dari melaka dan terus ke wedding nurul dan selepas itu akan berjumpa aifa.at around 5pm baru jumpa aifa n akmal at grand paragon hotel.aifa sampai dulu so dia tolong check inkan untuk saya dan encik azlan..sampai-sampai je aifa terus ckp,'jom kita pegi singapore'..we are like,'huh,sekarang ke?'..aifa cakap yesla..aifa sungguh bersungguh-sungguh nak pegi..saya dan encik azlan pon macam termakan dengan pujuk rayu dan kesungguhan aifa nak pegi singapore..nasib baik saya memang ade bawak passport saya dan encik azlan sebab macam dah agak yang aifa akan ajak pegi singapore..heheh..so at around 6.30 pm, saya,encik azlan,aifa n akmal pon bergerak ke spore...

macam-macam benda terjadi dalam perjalanan ke singapore..hahahah..kelakar betul..tapi saya tak rasa macam nak cerita sekarang..hahah..yela,first time kami semua pergi ke singapore dengan memandu sendiri..masalah dengan kastamla,sesat jalanla dan macam2 lagi..memang kelakar..unforgettable memory..oohh..dan tidak lupa,perjalanan dari jb untuk melepasi kastam singapore mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam sebab jem gila ma**os punya..nasib baik akmal yang memandu..kalau encik azlan,pasti dia sudah mengeluh-ngeluh dan naik hangin.. (heheh..jangan marah yang..)


sesat jalan nak cari tempat makan kat beach road, tapi tak jumpa-jumpa jugak beach road..at last kitorang sesat sampai jurong point..terus berheni makan kat banquet jurong point..wow..jumpe nasi ayam penyet..gila happy saya sebab saya memang teringin nak makan nasi ayam penyet dari hari tu..encik azlan pon makan nasi ayam penyet juga..sambalnya memang menepati citarasa kami sebab pedas gila..wowww..memang berapi beb sambal ni..kaw-kaw punya sedap..


aifa memula makan nasi ayam penyet,akmal makan fish and chip tapi pastu diorang swap menu sebab aifa tak tahan dengan kepedasan nasi ayam penyet tu..


lepas makan pusing-pusing lagi singapore pandai-pandai cari jalan sendiri sebab takde map.map ada jual kat sana tapi mahal yang amat.SGD 15 is the cheapest..wtf kan..sapa nak beli.at last jumpa la orchard road..pastu pegi esplanade plak..gambar di atas adalah gambar the ladies @ esplanade

the guys @ esplanade


ada maybank tower tu kat singapore..


kitorang minum-minum kat makansutra selepas penat berjalan..tapi tak larat nak makan dah sebab tadi makan banyak sangat kat jurong point..


the performance @ esplanade


masuk jb balik at around 2am dan semua orang dah lapar balik..so pegila makan kat periuk belanga di danga bay...isshh..tak sedapla..harga cam agak mahal tapi tak sedap..kitorang makan mee rebus n char kuey teow kerang..lagi sedap makan nasi ayam penyet kat jurong point tadi..dah makan,balik hotel n terus zzzzzzzzzzzzzzz...semua orang kepenatan..

oh ya..pada hari saya berjalan-jalan ke singapore ini,kandungan saya berusia 6bulan dan 1hari..

Saturday, March 7, 2009

saya nak makan nasi ayam penyet

saya nak makan nasi ayam penyet!!!!itula keluhan saya untuk tengahari ini..saya teringat2 keenakan nasi ayam penyet yang pernah saya makan di rumah makan seri sunda di bandung dulu..mana saya nak cari nasi ayam penyet di melaka ya?uwaaa...saya mengidam nak makan nasi ayam penyet...


sedapnya...authentic nasi ayam penyet rumah makan seri sunda..di tengah itu ialah sup buntot yang di order oleh encik azlan.nasinya dibungkus di dalam daun pisang..waaa..nak makan nasi ayam penyet...




hari ini kandungan saya berusia 24 minggu dan 6 hari..perut saya semakin membesar ('',)

Thursday, March 5, 2009

makan-makan @ sawit corner


saja nak try makan kat tempat yang bernama 'sawit corner' ni yang terletak di sungai udang sebab selalu bile lalu kat sini nampak ramai sangat orang makan kat sini..banyak betul keta parking tepi jalan..mmm..tp tidakla sedap sangat food kat sini. (mengikut selera saya dan encik azlan la..).i wonder why ramai sangat orang makan kat sini..mandrem power kot?ishh..tak baik tuduh2 org tau..



rojak yg xsedap sangat..according to our taste bud la..sbb manis sgt..


bakso ok la..average..


ni 'karipap jeen' namanya..agak besar saiz karipap ni.saiz xxl ni.inti telur..makan dengan kuah kari..nak kata sedap sangat tu tidakla,nak kata tak sedap pon tidak juga..so sederhana saja rasanya..

tapi apa yang paling saya suka tentang sawit corner ialah environmentnya..sangat menenangkan sebab terletak betul-betul di celahan kelapa sawit dan konsepnya adalah sangat semulajadi..saya suka environmentnya....